1. Berusaha untuk meningkatkan akhlak dan moral agar bersikap lebih positif dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan akademik.
2. Mewujudkan masyarakat sekolah yang jitu bersepadu,bertoleransi penyayang serta hormat menghormati.
3. Meningkatkan penyertaan sambil mencungkil bakat individu melalui aktiviti - aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
4. Melahirkan masyarakat sekolah yang progresif, dinamik serta berkeupayaan untuk mencapai kemajuan individu dalam pelbagai aspek.
PIAGAM SEKOLAH
Sk Tambirat komited menyediakan pendidikan yang berkualiti dan yang terbaik kepada semua anak didik di sekolah ini dengan memberikan peluang - peluang yang seluas - luasnya demi memperkembangkan potensi individu mereka selaras dengan falsafah pendidikan, mempunyai kebolehan, keupayaan, keyakinan serta komitmen untuk memberikan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada setiap orang pelajar yang diamanahkan kepada kami.