Saturday, December 4, 2010

Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah ke hadrat ALLAH SWT ,selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW atas kurniaan-Nya memberi kesihatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan ini.

SK Tambirat merupakan sebuah sekolah luar bandar di Samarahan,Sarawak. Majoriti penduduk di sini ialah nelayan. Kesusahan bukan halangan untuk berjaya dalam hidup.

Kami di SK Tambirat sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membantu anak-anak dan masyarakat di sini berjaya.

Semoga warga SK Tambirat terus bersemangat memberi sumbangan dan bersedia serta berani menghadapi cabaran mendatang.

Wassalam



SK TAMBIRAT DI DUNIA
Kini Sk Tambirat boleh dikenali di serata dunia dengan adanya media yang menjadi perantara antara SK Tambirat dan dunia luar.
Kemajuan teknologi di Malaysia bukan hanya untuk penduduk bandar sahaja,tetapi ia juga dapat dimanfaatkan oleh golongan luar bandar. Walaupun SK Tambirat merupakan sebuah sekolah luar bandar,kami tetap tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan mereka yang berada di bandar.
Antara laman sesawang berkaitan SK Tambirat ialah sktambirat.blogspot.com yang diurus oleh seorang guru SK Tambirat. Selain itu,facebook SK Tambirat.
Untuk pengetahuan semua,facebook SK Tambirat ini diurus oleh ex-student SK Tambirat sendiri iaitu adik Mohd. Amirul Aswad.
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada adik Mohd. Amirul Aswad atas kesudian beliau mengumpul semula warga SK Tambirat sejak dahulu hingga sekarang dan tidak mengira di mana sahaja berada. Selain dapat bertanya khabar,facebook ini dapat merapatkan hubungan sesama insan khasnya murid-murid SK Tambirat.
Diharap segala kemudahan yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Insya Allah.