Sejarah

SK Tambirat dengan rasminya ditubuh dan didaftar pada 10 Mac 1955. Ia terletak kira-kira 100km mengikut jalan air dari Bandaraya Kuching.

Pada tahun 1950an, En. Bakar bin Tong dan rakan-rakan telah memerah segala tenaga dan usaha untuk mewujudkan sebuah sekolah di Kampung Tambirat. Dengan kerjasama penduduk kampung, sebuah pondok yang diperbuat dari atap daun nipah dan nibong telah siap dibina. Setelah bermuafakat, mereka ke Kuching. Demi masa depan generasi mereka, mereka sanggup mendayung sampan mengharungi laut dan hujan semata-mata untuk mencari guru yang bakal mengajar di pondok yang telah mereka bina.

Berkat niat yang suci, seorang guru telah dihantar oleh Bahagian Pendidikan setelah mendapat rundingan daripada kedua belah pihak. Bagi menggaji guru berkenaan, penduduk kampung sanggup membayar RM 1.00 sekeluarga sebulan. Ketika itu gaji seorang guru hanya RM 60 sebulan.

Pada tahun berikutnya, ramai anak-anak yang telah mengikuti kelas tersebut. Ekoran daripada penambahan pelajar dari tahun ke tahun, komuniti sekolah bersetuju membenarkan pengusaha tayangan gambar bergerak mengadakan tayangan gambar dengan mendapat sedikit komisyen. Bagi menambahkan tabung sekolah, komuniti sekolah bersama guru-guru dan murid-murid sekolah seringkali mengadakan panggung bangsawan di sekolah dan di kampung-kampung yang berdekatan. Daripada tabung berkenaan, sekolah dibaiki dari masa ke semasa.

Pada tahun 1956, sekolah yang mulanya terletak di tebing sungai dipindahkan ke darat apabila berlaku tiupan angin puting beliung yang mengakibatkan kerosakan. Dalam pada itu juga SK Encik Buyong di Kuching telah diroboh. Ahli komuniti sekolah sekali lagi mengerah tenaga mengangkat perkakas-perkakas berkenaan bagi membina semula sekolah mereka.

Pada tahun 1867, barulah satu blok bangunan yang terdiri daripada 4 kelas dibina dengan lengkapnya oleh KRDC ( Majlis Daerah Luar Bandar Kuching). Ketika ini barulah 6 darjah dijalankan, di mana hanya 4 darjah saja diadakan sebelumnya.

Guru-guru dihantar terus oleh pejabat Pendidikan bahagian. Ekoran daripada keadaan ekonomi dan politik yang stabil di Sarawak, pada tahun 1980 SK Tambirat dibina bangunan baru dengan peruntukan Bank Dunia dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abdul Taib b. Mahmud.

Akhir bulan Oktober 1993, SK Tambirat telah menerima kemasukan murid-murid yang ramai dan beberapa orang gurudan seorang Guru Besar.