Kurikulum

SESI PERSEKOLAHAN 2010
4hb Januari 2010 tarikh bermulanya sessi persekolahan setelah lama bercuti.
Bagi para guru,hari pertama merupakan hari yang paling sibuk terutamanya Guru Kelas.
Berbagai kerenah murid-murid baru khasnya yang perlu ditangani. SYABAS diucapkan kerana sentiasa berjaya menangani segala permasalahan yang dihadapi.

Kepada murid-murid SK Tambirat,tentu sekali hari persekolahan yang paling ditunggu-tunggu. Ketika ini masing - masing dapat berkongsi pengalaman dan cerita - cerita menarik bersama kawan- kawan. Bagi murid baru pula,semestinya mereka akan berkenalan dengan rakan - rakan dan membiasakan kehidupan dengan persekitaran yang baru lagi hebat.

Walau apapun yang akan ditempuhi oleh warga SK Tambirat,didoakan agar terus berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan cita-cita anak-anak murid kita yang begitu menggunung.

Dikesempatan ini,kami mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada staf SK Tambirat yang berpindah. Jasa anda akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Buat kalian,semoga dengan penghijrahan ini akan menjadi pembakar semangat atau sebagai momentum kepada kerjaya anda.

Mereka yang berpindah adalah:
1. Cikgu Norhidayah
2. Encik Busman
3. Cikgu Mohd. Rabaei Sedek ( dilantik menjadi Guru Besar Empila)
Akhir kata,semoga segala usaha kita pada tahun ini akan diberkati ALLAH S.W.T.Amin...

PENDAFTARAN 2010
Pendaftaran murid - murid pada tahun ini berjalan dengan lancar walaupun masih terdapat kekurangan dari segi pengurusan. Pada hari ini,ibu bapa hadir ke sekolah untuk mendaftarkan nama anak mereka di sekolah, membayar yuran dan membeli buku tulis. Ada juga yang datang untuk menguruskan perpindahan sekolah anak mereka.

Guru - guru adalah insan yang paling sibuk pada hari ini. Walaubagaimanapun,ia tidak mematahkan semangat guru - guru untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Murid - murid SK Tambirat tidak kurang hebatnya membantu guru - guru yang begitu sibuk.

Selepas sesi pendaftaran,pihak sekolah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2010. Mesyuarat ini adalah titik bermulanya segala aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.

Sesuatu yang paling mengejutkan adalah menerima berita SK Tambirat nyaris - nyaris dijilat api pada cuti akhir tahun yang lepas. Kejadian dikatakan berpunca dari sebuah lori yang melanggar tiang elektrik Kampung Tambirat. Tiang tersebut menyambungkan bekalan elektrik ke SK Tambirat. Akibat dari kejadian itu,kebanyakan alat elektrik separti pencetak dan komputer yang sedang digunakan ketika kejadian rosak. Meskipun begitu,SK Tambirat sempat diselamatkan oleh tindakan pantas Guru Besar dan staf memutuskan bekalan elektrik tersebut.

Selain daripada itu,sepanjang cuti sekolah yang lepas,pihak PIBG telah bergotong royong merobohkan Bangunan kelas darjah 3,4 dan 5. Ini bertujuan membina sekolah baru yang bakal siap pada tahun ini. Oleh yang demikian,pihak sekolah awal - awal lagi telah menyediakan kelas baru untuk murid - murid sementara menunggu sekolah baru.Cuma perkara paling utama diambil kira menggunakan kelas baru ini ialah keselamatan murid dan guru. Ini kerana kelas ini tinggi dan murid serta guru perlu berhati - hati ketika menggunakan tangga yang dikhuatiri licin.

Tanggungjawab semua pihak tidak kira staf,PIBG mahupun masyarakat setempat harus diberi pujian kerana terus menghulurkan bantuan dan sentiasa memberikan kritikan membina agar SK Tambirat muncul menjadi sebuah sekolah yang gah.

Dikesempatan ini,pihak sekolah mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga En.Ramlee atas pemergian anakanda beliau MOHD. HIDAYAT ke rahmatullah. Sesungguhnya pemergian adik Mohd. Hidayat merupakan kehilangan besar kepada SK Tambirat kerana beliau banyak menyumbangkan tenaganya membantu guru - guru serta menaikkan nama sekolah dalam arena sukan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.