j-QAF

CARTA ORGANISASI j-QAF 2011

PENAUNG : PN. HAMIDAH JOHAR
PENASIHAT : PN. NORMILA HASBI
PENGERUSI : EN. MUHAMAD ZAHID MD. YUSOF
SETIAUSAHA : PN. ZAMURNI HUSAIN
BENDAHARI : PN. NOR HAZLINA AWANG
AJK : PN. HARYANTI HARUN
: EN. SEJALI UNUS
: EN. ARSHAD SAMSURI


UNIT j-QAF 2011


PENYELARAS PEMULIHAN JAWI : PN. NOR HAZLINA AWANG
PENYELARAS KHATAM AL-QURAN & TASMIK : PN. ZAMURNI HUSAIN
PENYELARAS BAHASA ARAB : PN. HARYANTI HARUN
PENYELARAS KEM BESTARI SOLAT : EN. MUHAMAD ZAHID MD. YUSOF
PENYELARAS DATA & ICT : PN. HARYANTI HARUN


AKTIVITI-AKTIVITI j-QAF 2011

1. Sambutan Maulidur Rasul
- Mewarna Poster ( Tahap Satu )
- Melukis poster 'ala sepanduk' ( Tahap Dua )
- Perarakan

2. Kem Bestari Solat
- Mac, Mei, Jun dan Julai

3. Sambutan Israk Mikraj (29 Jun 2011)
- Ceramah Agama

4. Bulan Agama Islam ( Sepanjang Bulan Ramadhan)
- Pertandingan Azan
- Pertandingan Hafazan
- Pertandingan Jawi
- Pertandingan Bercerita
- Kuiz Bahasa Arab

5. Majlis Khatam al-Quran
- September


----------------------------------------------------------
PERANCANGAN PANITIA j-QAF
Kurang lebih 2 bulan,semua murid - murid menjalani aktiviti pembelajaran sama ada dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan agama.
Setakat ini, waktu pembelajaran adalah dari 7.30 pagi hingga 1.20 tengahari bagi tahap 2. Manakala bagi tahap 1 sessi pembelajaran tamat pada 12.50 tengahari. Kelas KAFA pula setiap Khamis dan Jumaat pukul 2 petang hingga 5 petang. Aktiviti ko-kurikulum pula diadakan setiap Rabu dari 3 hingga 5 petang.
Jadual kelas KAFA akan berubah selepas Tahun Baru Cina iaitu hari Isnin dan Selasa bagi tahun 1 hingga 3 dan Khamis dan Jumaat bagi tahun 4 dan 5. Perubahan jadual ini berikutan kekurangan kelas kerana jadual KAFA bertembung dengan tusyen yang akan bermula selepas Tahun Baru Cina.
Kelas Tasmik pula kekal iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Waktunya selepas sessi pembelajaran biasa.

---------------------------------------------------------------------------------------
Perancangan Panitia Agama Islam & j-QAF:
Setakat ini,Panitia Agama Islam SK Tambirat telah melaksanakan beberapa program jangka panjang dan pendek khas untuk murid - murid SK Tambirat dan SK Tambirat umumnya.
i) Kelas Tasmik
Diadakan khas untuk murid - murid yang belum melepasi Iqra' 4. Setakat hari ini,hanya 2 orang murid darjah 6 yang belum mencapai pencapaian yang memuaskan. Mereka ini masih berada di tahap terendah iaitu Iqra'1. Bagi murid - murid lain, SYABAS diucapkan kerana berjaya membaca al-Quran dengan baik sekali.

ii) Kem Bestari Solat
Kem ini merupakan aktiviti tahunan untuk semua murid. Bagi tahun 2010 ini cadangan tarikh KBS adalah seperti berikut:
SIRI 1- Tahun 6 6 Februari 2010
Tahun 4 & 5 6 Mac 2010
Tahun 1,2 & 3 3 April 2010
SIRI 2- Tahun 1,2 & 3 8 Mei 2010
Tahun 4,5 & 6 15 Mei 2010
Siri 3- Tahun 1,2 & 3 7 Julai 2010
Tahun 4 & 5 31 Julai 2010
Tahun 6 7 Ogos 2010
Siri 4- Tahun 1,2 & 3 14 September 2010
Tahun 4,5 & 6 25 September 2010

iii) Kelas Bina Juara
Diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 3 hingga 4 petang bertempat di rumah Ustaz Seman. Kelas ini adalah kelas tarannum khas untuk 8 orang murid yang telah dipilih oleh GPI. Murid - murid yang terlibat dalam kelas ini akan diajar kaedah bacaan al-Quran secara tarannum dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah.

iv) Sambutan Maulidur Rasul
Panitia Agama Islam akan menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 25 Februari 2010 ( Khamis ). Di antara aktiviti yang dijalankan adalah perarakan , pertandingan ala sepanduk, bercerita sirah Nabi 5 minit sebelum P&P bermula, ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Yazid, persembahan Kalam Jamaei, Anugerah Maulidur Rasul dan solat Zohor berjemaah.
Program ini bertujuan menghidupkan suasana atau biah Islamiyah.

v) Kalam Jamaei
Ini merupakan cubaan pertama Panitia melatih murid - murid untuk Kalam Jamaei. Kerjasama yang baik daripada murid - murid akan membantu memudahkan latihan.

vi) Persiapan MTQ
Kalah menangadat pertandingan Penyertaan dari SK Tambirat dalam tilawah, bercerita kisah Nabi dan hafazan adalah untuk mendedahkan murid - murid terlibat dengan suasana pertandingan dan memupuk keberanian dalam diri mereka. Bagi pihak GPI, kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk sekolah.

KEM LITERASI AL-QURAN 2010
Baru-baru ini murid-murid tahun 6 yang lemah bacaan al-Quran telah menyertai Kem Literasi al-Quran yang telah diadakan di surau SMK Asajaya. Program ini disertai oleh sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Asajaya. SK Tambirat telah menghantar wakil seramai 12 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru.



Program ini memberi peluang kepada murid belajar membaca dalam masa yang agak lama dan berterusan. Program bermula pada pukul 8 pagi hingga 10pagi, kemudian disambung pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Dalam tempoh yang agak panjang dan memakan masa selama 3 hari,peserta kem memberi satu perubahan yang amat besar kerana ramai di antara mereka yang berjaya menamatkan bacaan Iqra' seterusnya meneruskan pembelajaran dengan membaca al-Quran.



Ternyata murid-murid 'slow learners' ini sebenarnya mampu untuk mencapai kejayaan seperti orang lain dengan syarat mereka perlu lebih fokus, perlu kepada bimbingan yang berterusan dan tidak mudah cepat berputus asa.



Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan program yang amat berfaedah ini. Untuk peserta-peserta Kem Literasi al-Quran 2010,tahniah diucapkan kerana berjaya menyertai kem ini dan diharap anda teruskan usaha ini sampai bila-bila.

"Kejayaan adalah untuk mereka yang sentiasa bersungguh-sungguh."

KEM BESTARI SOLAT-SOLAT JENAZAH 2010
KBS untuk tahun 6 kali ini mengajar murid-murid tentang cara menunaikan Solat Jenazah.
Secara ringkas, solat jenazah berbeza dengan cara menunaikan solat fardhu atau sunat yang lain. Solat ini tidak mempunyai perlakuan seperti rukuk,sujud dan duduk. Mengapa ya? Ini kerana hanya ALLAH sahaja yang layak disujud atau dengan erti kata lain, manusia hanya perlu menundukkan diri kepada ALLAH.
Solat jenazah mempunyai 4 takbir. Jangan pula hairan,macam mana solat tapi xde duduk, macam mana nak salam? Ha...senang sahaj,dari awal solat hingga salam,kita perlu berdiri sahaja..Tak faham? Nantikan KBS tahun 6 2011 untuk belajar cara-cara menunaikan solat jenazah.
Di sini ada beberapa gambar ketika KBS-solat jenazah dilaksanakan..






MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2010
8 April 2010- Sk Tambirat telah menghantar wakil sekolah untuk MTQ peringkat Asajaya di SK Iboi/Pelanduk. MTQ pada tahun ini hanya mempertandingkan pertandingan Tilawah,Hafazan dan bercerita bagi sekolah rendah.
Pertandingan Tilawah - ( L ) Mohd Alfi Abdul Latip
( P ) Akmarizwa Jumat
* Mereka merupakan pelajar Kelas Bina Juara yang terpilih.
Pertandingan Hafazan - ( L ) Mohd Muhaimin Aizat
( P ) Siti Nurul Hijrah Azman
* Mentor : Ustaz Bohri dan Ustazah Haryanti
Pertandingan Bercerita - ( L ) Mohd Akmal Bujang
( P ) Siti Nur Arfah
* Mentor : Ustazah Nor Hazlina dan Ustazah Haryanti
Alhamdulillah,isaha mereka berbaloi apabila peserta bercerita mendapat tempat ketiga ( lelaki dan perempuan ). Tahniah diucapkan. Bagi yang tidak berjaya,berusaha di masa akan datang. Gagal sekali bukan mbermakna gagal selama-lamanya.

Di sini disertakan beberapa gambar para peserta yang mewakili SK Tambirat:












MAULIDUR RASUL 2010
MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH

Aktiviti yang kami jalankan adalah:
1- Mewarna Poster Maulidur Rasul


Ini adalah antara poster yang berjaya ke peringkat akhir.

2- Pertandingan sepanduk dan perarakan

















3- Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Yazid dari Pejabat Pelajaran Daerah

KEM BESTARI SOLAT 2010
20 Februari 2010- Panitia j-QAF dan Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi sesi 2010. Kumpulan sasaran bagi kem kali ini ialah tahun 6. Aktiviti yang dijalankan lebih kepada pengayaan. Ini bagi memastikan agar murid - murid tahun 6 yang merupakan produk j=QAF yang pertama ini benar - benar berjaya.
Alhamdulillah,program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan murid - murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Di bawah ini adalah antara gambar - gambar sepanjang program Kem Bestari Solat 2010:
















KUIZ BAHASA ARAB
Panatia Bahasa Arab telah mengadakan Pertandingan Kuiz Bahasa Arab untuk darjah Satu hingga Lima. Tempat pertandingan berlangsung di bilik j-QAF dan astaka SK Tambirat.

Untuk ketegori tahap satu,soalan - soalannya lebih kepada terjemah dan bina kalimah. Manakala soalan - soalan untuk tahap dua lebih cenderung kepada Imlak, padanan ayat dengan gambar dan pengetahuan am mereka.

Di bawah ini adalah antara gambar dan video Kuiz Bahasa Arab tahap dua.

GAMBAR:




Para peserta yang mengambil bahagian.


Sesi Imlak.