Galeri

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2011
"1 MALAYSIA 1 UMMAH"


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinnya kami dapat menyambut Maulidur Rasul.

Antara program yang telah dilaksanakan ialah, pertandingan mewarna bagi tahap satu dan pertandingan melukis poster "ala sepanduk" untuk tahap dua. Selain itu, perarakan yang merupakan tradisi ketika Maulidur Rasul juga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut di antara foto-foto menarik ketika Maulidur Rasul baru-baru ini.














--------------------------------------------------------------------

KUNJUNGAN BAITULMAL
SK Tambirat telah lama bekerjasama dengan pihak Baitulmal untuk menjayakan beberapa program terutamanya yang program-program anjuran Panitia Agama Islam.

Baitulmal sebelum ini sentiasa memberikan berpuluh naskhah al-Quran sebagai hadiah kepada peserta -peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.

Selain daripada itu,atas usaha Panitia menjayakan program Kelas Bina Juara dan Kelas Literasi al-Quran,Baitulmal dengan senang hati telah mendermakan sejumlah wang untuk sama - sama membantu kelancaran program.

Baru baru ini,pegawai -pegawai dari Baitulmal Samarahan telah hadir ke sekolah untuk satu program "Mengenal Baitulmal,Fungsi dan Peranannya". Program ini telah disertai oleh semua guru beragama Islam dan 20 orang murid aktif.

Murid - murid diperkenalkan dengan fungsi Baitulmal dan seterusnya mengenai kewajipan membayar zakat.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baitulmal atas kesudian mereka membantu progran anjuran Panitia Agama Islam dan berkongsi maklumat yang lebih terperinci mengenai Zakat.















MAJLIS PERPISAHAN STAF
17 April- Semalam semua staf SK Tambirat telah sama - sama meraikan majlis perpisahan Cikgu Rabaei ( GB SK Empila ), Cikgu Hidayah Mok, Saudara Busman ,guru - guru praktikum dan seterusnya meraikan kedatangan staf baru iaiti En. Hossen dan En. Zikri.

Majlis ini berlangsung di Norjas Cafe,Taman Desa Ilmu pada jam 2 petang. Walaupun terdapat staf yang tidak hadir,majlis tetap berjalan dengan sempurna. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Zahid,kenudaian disusuli dengan ucapan dari Guru Besar SK Tambirat. Tidak berseri majlis ini jika tidak mendengar sepatah dua kata daripada staf yang diraikan.

Di mana pun anda berada,kami di SK Tambirat mendoakan hanya yang terbaik untuk anda dan segala sumbangan anda di SK Tambirat,kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Gambar - gambar sekitar majlis:





Sementara menunggu, Cikgu Juraida sempat berSMS



Busman sedang memberi ucapan.


Ucapan daripada Cikgu Hidayah


Guru Besar SK Empila sedang menyampaikan ucapan.


Guru Besar SK Tambirat,Cikgu Kadir sebagai wakil SK Tambirat memberi ucapan dan nasihat.


Guru sedang mengambil makanan yang disediakan.



Cikgu Malim bersama Busman sedang menikmati hidangan.





FOTO-FOTO MENARIK











FOTO SK TAMBIRAT 2010

Inilah dia SK Tambirat..sebuah sekolah lama yang sedang menanti bangunan baru tidak lama lagi..
AKTIVITI

Aktiviti yang sedang berlangsung di SK Tambirat ialah Bulan Akademik. Bulan akademik ini merupakan sebuah program akademik yang berjalan selama sebulan. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh setiap panitia. Di antara aktiviti yang telah dan akan berlangsung ialah Spell It Right,pertandingan bercerita,pertandingan celik Matematik dan banyak lagi.

Spell It Right ( Tahap Satu )
Magic Matematik
Bagi Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab/j-QAF,kami akan mengadakan pelbagai pertandingan yang akan menguji pemahaman murid terhadap pendidikan Agama Islam itu sendiri,termasuk kemahiran Jawi. Berpadanan dengan program j-QAF,pertandingan- pertandingan yang akan dijalankan terbuka juga kepada murid-murid pemulihan. Ini adalah bagi memberi galakan kepada mereka supaya lebih bersemangat untuk belajar.Antara pertandingan yang dicadangkan adalah seperti:

1. Pertandingan Azan
2. Pertandingan Tilawah al-Quran
3. Pertandingan Hafazan Surah
4. Pertandingan Bercerita kisah Nabi
5. Pertandingan Jawi ( Pemulihan )
6. Pertandingan Spell It Right Jawi
7. Pertandingan Imlak
8. Quiz Bahasa Arab

Program j-QAF
Guru j-QAF:
Haryanti ( B.Arab), Nor Hazlina Awang (Pemulihan Jawi), Muhammad Zahid ( Al-Quran) dan Zamurni ( B.Arab).

Guru Agama Islam:
Ustaz Bohri Bujang, Ustaz Sejali Unus dan Ustaz Arshad Samsuri

Program j-QAF merupakan satu program berterusan mendidik murid - murid celik 4 elemen penting iaitu JAWI,QURAN,BAHASA ARAB dan FARDHU AIN.

Tasmik



Kelas Tasmik
Percubaan Pertama Kalam Jamaie

Kalam Jamaie merupakan salah satu produk baru dari program j-QAF. Kalam Jamaie atau lebih dikenali dengan Choral Speaking menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Untuk percubaan pertama ini,kami akan mula melatih murid-murid dalam bulan Ramadhan ini dan hasilnya akan dipersembahkan untuk Majlis Anugerah Cemerlang hujung tahun nanti. Insya Allah..